Friday, March 23, 2012

My school

Assalamualaikum..pada entri kali nie aku nak bercerita pasal aku plak.Mana boleh owner of the blog tak perkenalkan diri kan..kan..bak kata orang tak kenal maka tak cinta so, marilah kita berkenal-kenalan.

Pada entri yang lepas aku dah bagitau nama penuh aku.In case ada sape-sape yang terkeliru dayah mana, meh aku bagitau semula.Nama aku Nurhidayah Mohd Salleh.Lahir di Pulau Pinang dan membesar kat merata tempat.Dari tadika sampai darjah dua aku sekolah kat Penang.Tadika Kemas kat surau taman perumahan aku ngan kat Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Permai.Kat sekolah tu ada dua sesi.Sesi pagi untuk darjah 4 ke atas.Sesi petang pulak darjah 3 ke bawah.Setiap darjah ada dalam 7-8 kelas.


Lepas sekolah kat Penang, kitorang pindah ke KLIA.Kat situ aku sekolah dari darjah 3 sampai pertengahan tingkatan 2.Aku sekolah kat SKKKLIA dan SMKKKLIA.Kat situ student dia tak ramai sebab masa tu KLIA baru je dibina..kalau korang pergi kat KLIA sekarang..korang akan nampak macam-macam bangunan tapi time aku dulu, bangunan-bangunan nie semua tak de lagi.Untungla sape yang dapat duduk kat KLIA sekarang nie sebab sekarang dah ada macam-macam.

Then,aku berpindah lagi.Kali nie ke Johor pulak.Ke negeri kelahiran abah.Dari pertengahan tingkatan dua sampaila ke sekarang nie kitorang duduk kat jb lagi.Sekarang aku belajar kat UTM Skudai.Ambik course database system,computer science. Tapi sebelum tu,aku ada belajar kat Matrikulasi Selangor. Matrikulasi kat Banting,Selangor nie baru je dibina. Kiranye aku nie antara first batch kat situ..hahaha...bangga gila aku bila sebut first batch. Tapi sampai takat tu je lah..sebab masa pembukaan kolej tu..kemudahan tak de lagi..
K la..nak buat entri lain..papai.

Makan!!!

WiSh yOu WeRe HeRe..


Nie gambo family

Thursday, March 22, 2012

Abah ku~~

Nama penuhku Nurhidayah Binti Mohd Salleh..Aku anak bongsu dalam family..Biasenyer orang cakap anak bongsu nie manja..tapi ada aku kisah??Janji aku dapat kasih sayang yang mencukupi dan pastinyer berlebihan.so..aku tak perlu cemburu ngan orang lain..kan..kan..

Aku ada mak ngan abah serta abang dan kakak..Meh aku bercerita pasal abah dulu untuk entri kali ni memandangkan dia ketua keluarga..

Abah lahir pada 29 julai. Tarikh yang sama ngan aku cuma bulan ngan tahun je beza.Abah lahir kat Batu Pahat,Johor.Abah aku kerja sebagai pegawai imigresen.Tempat kerjanye dekat je ngan rumah kitorang..siap boleh jalan kaki lagi..Abah keje kat jambatan kedua ke singapura, namanye Second Link..kalau nak tau lebih lanjut second link tu ape..sila la google.yang pasti second link tu kat johor tau.

Rumah aku pulak kawasan kuarters.Orang panggil CIQ stand for Customs and Immigration Quarantine.Umur abah pulak jeng..jeng..jeng..rahsia..tapi yang pasti abah dah nak pencen hujung tahun nie.Maka selepas itu kami sekeluarga akan pindah duduk kat rumah kat seremban,negeri sembilan..dan berakhirlah juga episod nomad abahh....

Korang nak tau nape aku cakap abah tu nomad??sebab nyer kitorang satu family memang nomad.Dari kecik sampai besar asyik berpindah-randah macam orang zaman paleolitik.Almaklumlah abah kan kerja kerajaan, jadi asyik kena tukar pergi merata tempat.

Oklah..sebenarnyer ada banyak nak cite pasal abah tapi nanti-nanti lah..Sekarang nak say gudbye..aku nak buat entri baru..papai..

Assalamualaikum..Hai...Ni hao....Hello..

Ni first time aku post kat blog nie. Nie blog yang kedua aku ada..yang first ari tu aku buat tuk project and assignment aku mase sem lepas.Sekarang sem yang baru..so,blog pun kena baru.hehehe..


nie pun sebenarnye sebahagian dari assignment aku gak..
Untuk pengenalan, blog nie dinamakan basikal pixie sebab aku ada kenangan yang tak dapat dilupakan. Kadang-kadang bila ingat balik aku terasa macam lawak je..tapi nanti-nantila aku cite..korang kena tunggu entry yang lain..hehe..


Pada asalnyer aku nak letak basikal pancit.sebab aku suka sangat pada perkataan pancit..tak tau la nape..ok la..nanti aku post entri yang lain..(p/s:saje je nak membanyakkan entri..sengalkan aku.)