Thursday, March 22, 2012

Abah ku~~

Nama penuhku Nurhidayah Binti Mohd Salleh..Aku anak bongsu dalam family..Biasenyer orang cakap anak bongsu nie manja..tapi ada aku kisah??Janji aku dapat kasih sayang yang mencukupi dan pastinyer berlebihan.so..aku tak perlu cemburu ngan orang lain..kan..kan..

Aku ada mak ngan abah serta abang dan kakak..Meh aku bercerita pasal abah dulu untuk entri kali ni memandangkan dia ketua keluarga..

Abah lahir pada 29 julai. Tarikh yang sama ngan aku cuma bulan ngan tahun je beza.Abah lahir kat Batu Pahat,Johor.Abah aku kerja sebagai pegawai imigresen.Tempat kerjanye dekat je ngan rumah kitorang..siap boleh jalan kaki lagi..Abah keje kat jambatan kedua ke singapura, namanye Second Link..kalau nak tau lebih lanjut second link tu ape..sila la google.yang pasti second link tu kat johor tau.

Rumah aku pulak kawasan kuarters.Orang panggil CIQ stand for Customs and Immigration Quarantine.Umur abah pulak jeng..jeng..jeng..rahsia..tapi yang pasti abah dah nak pencen hujung tahun nie.Maka selepas itu kami sekeluarga akan pindah duduk kat rumah kat seremban,negeri sembilan..dan berakhirlah juga episod nomad abahh....

Korang nak tau nape aku cakap abah tu nomad??sebab nyer kitorang satu family memang nomad.Dari kecik sampai besar asyik berpindah-randah macam orang zaman paleolitik.Almaklumlah abah kan kerja kerajaan, jadi asyik kena tukar pergi merata tempat.

Oklah..sebenarnyer ada banyak nak cite pasal abah tapi nanti-nanti lah..Sekarang nak say gudbye..aku nak buat entri baru..papai..

No comments:

Post a Comment