Wednesday, March 28, 2012

Matrik Selangor





U-TURN!!!!!!!!!

Perghhh!!Benda u-turn nie boleh buat jiwa aku SASAU..Nak tau cite..Peristiwa nie jadi masa aku nak hantar roommate aku balik umah.In other words aku antar dia pergi Larkinlah..tak kan aku hantar dia balik Pahang.Untuk makluman, roommate aku orang Pahang.Nak dijadikan cite..dalam pada aku n da geng nak anta kak syud pergi Larkin, kitorang SESAT!!Korang tau ape tu sesat?kalau tak tau sila rujuk kamus dewan bahasa dan pustaka.Masa tu yang pergi hantar kak syud ialah aku, Dayah Abdullah a.k.a kembar aku dan Nadia Samsudin a.k.a si downloader.Kitorang punya la semangat gila nak pergi hantar sampaikan tak sedar yang takde sorang pun dari kitorang yang tau jalan..perghh..nie namanya kerja gila!!!Mula-mula aku ingat si downloader tu tau jalan nak gi larkin tapi bila tanya..ko tau pe jawapan si Nadia tu?Dia cakap dia TAK PERNAH pergi Larkin!!Adoi mak ai..memang time tu aku rasa macam nak letupkan diri je..Tapi dah alang-alang kitorang teruskan je jalan sebab yakin ngan Johor punyer papan tanda.Ingat boleh ar sampai sebelum pukul 3 ptg.tapi hmm..hampeh jer..kitorang sampai 30 minit lepas tu.

Kitorang sesat sampai ke Pasir Gudang. Yang buat aku betul-batul terasa sasau sangat bila kitorang U-TURN 4 KALI kat Pasir Gudang.EMPAT KALI!!! Yang Johor nie pun satu..yang banyak simpang tu pe hal?Dah la tu tak de papan tanda dan paling buat aku berasap apsal tu tempat nak u-turn dia jauh sangat???

SMKKSAB~5 Science

Nie gambar aku and student kelas 5 Science and tak ketinggalan guru kelas kesayangan kami, Puan Farah. Nie masa aku sekolah kat SMKKSAB (Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Sultan Abu Bakar). Nie sekolah aku masa aku kat Johor.Kiranye sekolah yang last la kot..hehehe..Actually aku pernah sekolah kat Sekolah Menenga Teknik Johor Bahru (SMTJB) masa tingkatan empat tapi pastu aku gatai-gatai nak pindah sekolah lama. Bukan sebab tak tahan. Kalau nak kata yang aku homesick pun bukan sebab aku sekolah situ 6 bulan. Tapi tu lah..sengaja buat perangai nak pindah sekolah. Nak dijadikan cerita, pihak sekolah tak nak lepaskan aku tapi aku tetap nak lepaskan diri gak dari sekolah tu..Biase ar budak nakal macam aku nie memang suka buat keputusan ikut perasaan dan bukan ikut akal fikiran.Pihak sekolah tak nak lepaskan aku sebab dorang kata aku dah lama sekolah kat situ so sayangla kalau tetiba nak balik sekolah lama, lagipun kat sekolah tu lagi banyak peluang dan masa depan yang cerah banding dengan sekolah lama.

Aku tak ambil peduli ngan semua menatang alah tu..aku tetap nak pindah!Biase ar time tu tak matured lagi. Eh, sekarang aku dah matured ke?Entah ler labu..aku pun tak tau. Dah matang sikit lah kot sekarang tu yang tak banyak buat hal sangat kat mak..hehehe..ok, kita berbalik ke cerita asal. Disebabkan peel aku yang suka meragam tak tenttu hala nie menyebabkan parents aku terpaksa turun naik Putrajaya untuk bebaskan aku..Kadang-kadang bila teringat balik, aku rasa macam bodoh gile aku time tu sebab lepaskan impian aku untuk ke luar negara. Sebab kat teknik tu peluang untuk ke luar negara luas sangat. Ko cuma perlu grab the chance, belajar bersungguh-sungguh pastikan straight A's.Dari dulu sampai sekarang aku teringin nak pergi dan belajar kat negara 4 musim. Tapi tu la bukan rezeki aku.

Sekarang terasa menyesal pulak. Tu la bak kata orang dulu-dulu, terlajak perahu boleh tarik balik tapi bila dah terlajak perbuatan macam mana nak tarik balik??tak kan nak buat time travel macam dalam cite tu??time budak-budak dulu boleh ar kena temberang ngan benda-benda menipu macam tu.Kalau sekarang pun aku terikut menatang time kecik-kecik tu..memang sungguh tak matang la aku..Tapi la ni aku dah boleh terima yang benda tu semua bukan rezeki aku.Sekarang rezeki aku kat UTM Skudai ni ha..Doa-doa l;er yang aku berjaya bersama teman seperjuangan ku,SCSD...moga kami graduate tepat pada waktunya dan dengan jayanya~p/s:first class..

Friday, March 23, 2012

Leeteuk ku..

Aku sangat minat ngan leeteuk..

Abang & Kakak

Nama abang aku Muhammad Firdaus Bin Mohd Salleh. Sekarang dia belajar kat UTM Skudai.Abang aku tu satu fakulti ngan aku tapi course lain. Dia ambik software engineering.Dia ni memang geng aku untuk gaduh and main lawan-lawan.

Aku ada kakak nama Nuraini Binti Mohd Salleh. Sekarang dia belajar kat Utm KL. Dia ambik Industrial Designer.Kakak aku anak kedua dan yang paling tengah. Dia la pendamai bila aku ngan abang gaduh. Tapi sekali dia marah..haa memang seram!

Kiranya aku adik-beradik nie semua blaja kat UTM..kiranya kitorang nie stok UTM ar..hehehe

GOP~~

Nie gamba akak aku masa dia pergi GOP(Global Outreach Program) kat korea..

 aku jealous sangat ngan akak sebab dalam family dia je yang dapat pergi luar negara. Tapi walau macam mana pun akak ada bawak balik t-shirt yang dia beli untuk aku ngan family.
Dia pergi korea time aku kat matrik so, tak dapat nak hantar dia pergi airport..huhuhu..sedihnyer..



My mak@@

Mak aku namanye Rahmah Bte Abd. Samad.Mak lahir pada 20 Jun. Mak aku nie sebaya ngan abah aku.
Mak lahir kat Singapore. Lepas je ambik GCE O-Level, mak terus je datang Malaysia duduk dengan kakak dia yang sulung dan dah kawin tu dekat Johor. Sebab ape mak pergi Johor?Sebab mak ambik SPM. Lepas je ambik SPM, mak kerja kat KL.Korang jangan ingat mak dan abah tu jumpa kat Johor, tak sama sekali.Dorang jumpe kat KL.

Lepas je abang aku lahir, mak terus berhenti kerja. Kata mak, dia sayang nak tinggalkan anak untuk bagi orang lain jaga eventough kawan dia sendiri nak jadi pengasuh anak dia pun dia tak nak. Almaklumlah abang tu anak sulung. Sape yang tak sayang tambah-tambah lagi susah nak dapat abang. Mak dan abah tunggu bertahun-tahun baru boleh dapat abang.Sampai sekarang mak masih suri rumah sepenuh masa.

Tapi, walau mak suri rumah. Mak tu ada banyak hobi. Mengaitlah, menjahitla dan menggubahla..dan macam-macam lagi..Mak tu orangnya tak boleh duduk diam. Sekarang pulak mak tengah mengait untuk buat beg. Mak baru je selesai buat beg untuk aku dan kakak. Sekarang dia tengah buat beg tuk diri sendiri dan InsyAllah mak nak buat kan topi untuk abah dan abang. Mak ni walau ada banyak hobi tapi semua hobi dia mesti ada kaitan dengan anak-anak dan suami.

ok la..lain kali kalau sempat aku post picture beg aku yang mak buat.babai..